Akaun littlehannah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Modul Bahasa Melayu Terbaik SPM (MOBATES 5)

Modul Bahasa Melayu Terbaik SPM (MOBATES 5)
Sekapur Sirih Seulas Pinang
==================
Modul Bahasa Melayu Terbaik SPM (Format Baharu) Tingkatan 5 atau Mobates 5 dihasilkan bagi memenuhi keperluan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM pada tahun 2021. Modul ini juga dihasilkan bagi membantu para guru Bahasa Melayu melaksanakan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Oleh sebab negara kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada PKP Pemulihan, PKP Bersyarat atau PKP Diperletat, penggunaan Mobates 5 sebagai bahan pembelajaran kendiri untuk murid sangat sesuai.

Mobates 5 ini perlu dimanfaatkan oleh murid kerana pendekatan yang kami gunakan untuk menghasilkan bahan ini ialah pendekatan modul.  Dalam PdPC, pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru amat mementingkan ansur maju. Oleh hal yang demikian, pendekatan modul dijadikan asas utama untuk menghasilkan modul ini. Melalui pendekatan modul, kami telah menyusun bahan dan aktiviti secara terarah, iaitu daripada aspek yang mudah kepada aspek yang sukar serta mempunyai kepelbagaian.

Selain itu, setiap bahagian atau unit yang terdapat dalam modul ini telah kami susun kepada empat (4) bahagian. Bahagian A ialah Maklumat, iaitu bahagian yang menjelaskan konsep atau maklumat penting yang lain. Bahagian B pula ialah Kaedah atau Rumus atau Panduan. Bahagian C ialah Praktis Berformat Umum, iaitu pelbagai soalan yang tidak semestinya mengikut format terkini dikemukakan bagi membantu murid menguasai ilmu atau maklumat yang telah dipelajari. Bahagian D pula ialah Praktis Berformat SPM. Melalui soalan yang mengikut format SPM ini, murid akan dapat membiasakan diri untuk menjawab soalan yang akan dikemukakan dalam peperiksaan SPM sebenar nanti.

Secara keseluruhannya, Mobates 5 terdiri daripada 17 Unit. Unit ini disusun mengikut soalan yang terdapat dalam Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu. Oleh sebab karangan respons terbuka diletakkan sebagai soalan nombor 1 dalam Kertas 1, maka Unit 1 Modul ini ialah Karangan Respons Terhad. Sama juga halnya dengan soalan tentang rumusan. Oleh sebab soalan rumusan diletakkan sebagai soalan terakhir dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM, tajuk rumusan dimasukkan sebagai Unit 17. Untuk membiasakan murid dengan format peperiksaan sebenar, kami menyediakan tiga (3) set Kertas Penilaian.

Kami yakin bahawa modul yang kami bina ini akan dapat membantu guru dan murid untuk mencapai objektif dalam PdPC di bilik darjah serta membantu murid untuk menjawab Kertas 1 dan 2 SPM dengan cemerlangnya.


Perlukan bantuan?